Home » , » Temui mayat ibu diikat kain di dapur

Temui mayat ibu diikat kain di dapur

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 20 December 2016 | 22:39


KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas maut dalam keadaan terikat kaki, tangan dan mulut dipercayai dibunuh selepas disamun di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, awal pagi tadi.

Mayat ibu tunggal berusia 60 tahun terbabit ditemui di dapur oleh anak lelakinya berusia 35 tahun pada jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, anak mangsa yang pulang selepas menonton bola sepak di kedai berhampiran rumahnya mendapati pintu dapur terbuka luas.

"Sebuah motosikal jeniz RXZ milik anak mangsa serta barang kemas dan dompet milik mangsa dilarikan penjenayah.

"Pemeriksaan pada mayat yang diikat dengan kain sarung tersebut terdapat kesan bengkak pada belakang kepala, bagaimanapun tiada senjata yang ditemui," katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger